Salam Untuk Pelajar dan Ibu Bapa,

Saya mula mempelajari Mind Map / Peta Minda / Lakaran Idea sekitar 2007, seterusnya mengaplikasikan teknik ini secara serius selepas mendapat latihan intensif di ‘Kem Transformasi’ anjuran Adam Khoo Learning Technology dari Singapura (2008). Menyedari Lakaran Idea memberi kesan hebat dalam proses pembelajaran dan kehidupan harian, tetapi masih belum digunakan begitu meluas di kalangan pelajar, maka saya mengambil inisiatif untuk mengadakan previu percuma untuk para pelajar dan ibu bapa.

Lakaran Idea telah membantu saya untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam PMR dan SPM, dalam masa yang sama terus aktif dalam pelbagai kegiatan ko-kurikulum, kelab, sukan, menguasai bahasa Jepun dan bekerja sambilan (setiap Jumaat dan Sabtu, cuti awam dan cuti sekolah).

Kawan kawan agak cemburu apabila melihat saya tidak perlu ke kelas tuisyen tetapi masih mampu melonjak dari kedudukan 80 dan muncul sebagai salah seorang penerima anugerah pelajar cemerlang SPM 2009 dan pelajar Melayu terbaik di SMJK Chung Cheng, Kota Bharu, Kelantan. Terima kasih kepada Lakaran Idea yang menjadi rahsia kejayaan ini, kerana saya adalah satu satunya pelajar Tingkatan 5 Yakin yang tidak membazirkan masa, tenaga dan wang menghadiri kelas tuisyen di luar sekolah.

Atas rasa syukur dan terima kasih, saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan mereka yang berminat untuk mencapai kejayaan cemerlang dengan kaedah yang lebih mudah dan seronok serta menjimatkan masa, tenaga dan wang tanpa tuisyen. Sila daftar online sekarang.

“Be Happy Now! Good Bye Tuition...”

MY NOTES IN ACTION

Klik untuk besarkan imej.




Read more...

  © Blogger templates Newspaper II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP